GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 1,171,888 atau 33 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,720,411 atau 48.4 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,596 atau 93.6 peratus sudah lengkap divaksin, manakala 3,010,184 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,096,363 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,497 atau 97.6 peratus lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,151 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 10,803 dos harian diberikan semalam meliputi 5,322 dos pertama, 3,491 dos kedua dan 1,990 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,923,930.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan empat kematian akibat Covid-19 semalam dengan dua kes di Kedah dan masing-masing satu kes di Melaka dan Negeri Sembilan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2022 @ 9:23 AM