Salah satu babak dalam muzik lagu Kelepok Raya yang timbulkan kontroversi.
Salah satu babak dalam muzik lagu Kelepok Raya yang timbulkan kontroversi.
Raja Noraina Raja Rahim dan Mohamad Ashyiq Haqimi


Kuala Lumpur: "Saya doakan supaya perniagaannya lebih laris pada bulan Ramadan ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Beliau yang sebelum ini menjemput Aliff Syukri melalui media untuk bertemu menjalin ukhuwah, berkongsi dan berbincang dalam pelbagai perkara bagaimanapun belum berbuat demikian.

Menurutnya, setakat ini belum ada pertemuan atau perbincangan kedua pihak dibuat.

"Setakat ini belum ada perkembangan lagi dan dia pun (kelihatan) Alhamdulillah," katanya sidang media pada Majlis Iftar Bersama Asnaf di Balai Felda di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Aliff Syukri menerima kecaman ramai apabila klip video lagu Kelepok Raya yang tidak bersesuaian dengan sambutan Syawal.

Berikutan itu, Idris dilaporkan bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Aliff Syukri sekiranya berpeluang sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang pelbagai perkara.

Selasa lalu, usahawan kosmetik itu sudah dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung klip video berkenaan.

Aliff Syukri tiba di SKMM pada 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2022 @ 8:17 PM