LAPORAN Harian Metro
LAPORAN Harian Metro
Mary Victoria Dass


Pasir Gudang: Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes kemalangan maut membabitkan tiga remaja di Taman Kota Masai di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

"Kita akan menyiasat sama ada remaja terbabit memiliki lesen atau tidak dan tindakan susulan akan diambil selepas itu.

"Orang ramai terutamanya ibu bapa dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih di bawah umur. Ia termasuk tidak membenarkan mereka menunggang motosikal di atas jalan dan tidak terbabit dengan aktiviti lumba haram," katanya.

Mengulas sama ada ibu bapa ibu bapa atau penjaga akan dikenakan tindakan undang-undang jika membiarkan anak-anak terbabit dengan aktiviti tidak sihat, Mohd Sohaimi berkata, ia bergantung kepada hasil siasatan.

\Dalam kejadian berlaku pada jam 10.30 malam tadi di Jalan Delima, Taman Kota Masai kemalangan dipercayai berlaku ketika kesemua mangsa menunggang atau membonceng motosikal masing-masing merempuh sesama sendiri.

Akibat daripada insiden tersebut, tiga mangsa tercampak di atas jalan dan terlanggar batu di bahu kiri jalan manakala seorang mangsa jatuh di bahu kanan jalan.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah remaja berusia 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berusia 17 tahun.

Berita berkaitan:

  • 'Anak saya bukan mat rempit'
  • 3 remaja maut, 1 parah
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 6:07 PM