POLIS menyerbu pusat hiburan selepas mendapat maklumat ia beroperasi tanpa lesen. FOTO ihsan polis
POLIS menyerbu pusat hiburan selepas mendapat maklumat ia beroperasi tanpa lesen. FOTO ihsan polis
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Seramai 97 individu dikompaun RM97,000 selepas polis menyerbu pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju membuat serbuan selepas mendapat maklumat pusat hiburan beroperasi tanpa lesen.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis membuat pemeriksaan dan mengeluarkan kompaun mengikut Peraturan 17(1)

Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 RM1,000 bagi setiap seorang iaitu 60 lelaki dan 37 wanita.

"Serbuan juga menahan lapan elaki bukan warganegara dan dua wanita bukan warganegara yang disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen dan Sekyen 55B Akta Imigresen.

"Seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis turut ditahan kerana gagal mengemukan lesen perniagaan yang sah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas dua speaker, dua televisyen, empat mikrofon, amplifier dan peralatan lain serta wang tunai RM111.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2022 @ 2:08 PM