PETUGAS keselamatan dan kesihatan memeriksa rakyat Indonesia yang mempunyai permit bekerja di Sarawak yang mahu memasuki negeri ini melalui ICQS Tebedu, hari ini. FOTO Mohd Roji Kawi
PETUGAS keselamatan dan kesihatan memeriksa rakyat Indonesia yang mempunyai permit bekerja di Sarawak yang mahu memasuki negeri ini melalui ICQS Tebedu, hari ini. FOTO Mohd Roji Kawi
Mohd Roji Kawi


Serian: Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, di sini, lengang meskipun sempadan Malaysia mula dibuka, hari ini.

Tinjauan mendapati petugas keselamatan termasuk kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula membuka kaunter di ICQS itu seawal 6 pagi tadi.

Bagaimanapun, sehingga 10.30 pagi, tidak ramai yang kelihatan menyeberangi sempadan.

Tinjauan turut mendapati pintu sempadan di Entikong, Kalimantan Barat pula ditutup dan hanya dibuka seketika apabila ada rakyat Malaysia atau warga Indonesia melintasi sempadan.

Keadaan itu berlaku berikutan ketetapan yang hanya membenarkan pintu sempadan dibuka untuk rakyat Malaysia yang berada di Indonesia pulang ke Sarawak.

Selain itu, hanya rakyat Indonesia yang memiliki permit kerja di Sarawak sahaja yang dibenarkan masuk ke negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2022 @ 11:37 AM