HUJAN yang melanda Kuala Lumpur semalam. FOTO BERNAMA
HUJAN yang melanda Kuala Lumpur semalam. FOTO BERNAMA
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Luruan monsun yang melanda negara ketika ini sudah melemah dan keadaan cuaca dijangka bertambah baik.

Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan dapatan itu diperoleh berdasarkan analisis model MetMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

"Sepanjang tempoh ramalan, cuaca pada sebelah pagi dijangka hujan di satu dua tempat sahaja di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.

"Manakala pada sebelah petang hingga awal malam, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat dan timur Sabah," katanya.

Menurut kenyataan itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang serta laut bergelora (kategori pertama dan kedua) untuk kawasan perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga esok.

"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Februari 2022 @ 6:17 PM