Foto hiasan
Foto hiasan
Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan beberapa negeri mengalami rebut petir dan hujan pada petang hingga malam hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Hilmi Abdullah berkata, negeri terbabit adalah Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurutnya, di kawasan barat Sabah, utara dan tengah Sarawak juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.

Sementara itu, katanya, cuaca bertekanan rendah di barat Pulau Palawan, Filipina kini sudah melemah dan akan menjauhi kawasan rantau negara itu dalam tempoh 24 jam akan datang.

"Dapatan ini adalah berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

"Berikutan itu, cuaca panas dan kering dijangka akan berlaku di negeri di utara dan timur Semenanjung Malaysia," katanya.

Orang awam dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web MetMalaysia, www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 4:31 PM