Oleh Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, antara lima calon Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kawasan Johor selatan.

Napsiah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, manakala Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, selaku muka baharu diletakkan sebagai calon DUN Pasir Raja.

Manakala Arthur Chiong Sen Sern, 32, di DUN Bukit Batu dan Dr Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu ditampilkan semula sebagai calon DUN Larkin.

Penyandang kerusi DUN Tiram, S Gopalakrishnan, turut ditampilkan semula.

Pengumuman itu dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hotel Thistle di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Februari 2022 @ 1:15 PM