KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
Ruwaida Md Zain


Kuala Langat: Seorang buruh kasar ditemukan maut dengan kesan parah di kepala serta badan dipercayai digilis sebuah lori dengan mengangkut tanah di sebuah tapak pembinaan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, kemalangan maut dilaporkan berlaku jam 12.30 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori sedang mengundurkan kenderaan itu untuk membuang tanah di kawasan pembinaan berkenaan.

"Apabila selesai membuang tanah, pemandu terbabit keluar dari lori dipandunya untuk melihat tanah yang dibuang itu.

"Semasa pemandu lori ke hadapan lori, dia nampak pekerja buruk kasar itu terbaring dalam keadaan parah di kepala dan anggota badan akibat digilis oleh tayar lori dipandunya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan mendapati, mangsa adalah seorang lelaki warganegara Bangladesh yang berumur 42 tahun dan bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan berkenaan.

Katanya, saksi bebas yang melihat kemalangan berlaku atau saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan ini bolehlah menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

"Mereka boleh juga menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Februari 2022 @ 8:56 AM