Rosman Shamsudin


Behrang: Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara dan selatan dari Slim River ke Tanjung Malim berjalan lancar sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina dan persekolahan yang bakal berakhir, hari ini.

Tinjauan 11.30 pagi tadi di tiga lokasi, iaitu di jejambat dekat Bandar Behrang 2020, Behrang Ulu dan Felda Sungai Behrang mendapati bilangan kenderaan meningkat tetapi aliran trafik di kedua-dua arah masih berjalan lancar.

Tiada kesesakan kenderaan berlaku di Hentian Sebelah Behrang menghala ke selatan dan utara, malah pengguna jalan raya dapat berhenti berehat dan parkir dengan selesa sebelum meneruskan perjalanan menuju masing-masing.

Tinjauan di Plaza Tol Slim River dan Behrang dekat susur keluar dan masuk juga mendapati tiada kesesakan kenderaan berlaku.

Di samping itu, aliran trafik Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur sama ada arah utara dan selatan juga didapati berjalan dengan baik.

Pengguna lebuh raya dan Jalan Persekutuan di kedua-dua arah di dapati memandu dengan secara berhemah walaupun bilangan kenderaan meningkat menjelang tengah hari ini.

Sebelum ini, Plus Malaysia Berhad (Plus) menjangkakan jumlah trafik meningkat kepada 1.6 juta kenderaan, berbanding 1.4 juta kini bermula 28 Januari hingga 6 Februari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Sehubungan itu, Plus mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan dan panduan buat orang ramai dalam merancang perjalanan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Februari 2022 @ 2:29 PM
Tinjuan mendapati aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dan selatan di dapati berjalan lancar kira-kira jam 11.30 pagi tadi. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN
Tinjuan mendapati aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dan selatan di dapati berjalan lancar kira-kira jam 11.30 pagi tadi. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN