Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri (tengah) melihat dua buah kereta jenis Honda HRV dan Proton Wira hangus dalam kemalangan membabitkan tiga maut di  kejadian di Jalan Wakaf Bharu Palekbang, di sini, semalam ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.  FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri (tengah) melihat dua buah kereta jenis Honda HRV dan Proton Wira hangus dalam kemalangan membabitkan tiga maut di kejadian di Jalan Wakaf Bharu Palekbang, di sini, semalam ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Siti Rohana Idris


Tumpat: Belum dapat dipastikan sama ada kejadian melarikan kenderaan dan kebakaran yang mengorbankan tiga individu di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang di sini, awal pagi semalam berkait aktiviti tarik kereta.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya masih lagi melakukan siasatan termasuk memburu seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai rakan mangsa, terbabit dengan kejadian itu.

"Kita sudah kenal pasti lelaki itu dan percaya dia masih ada di dalam negeri ini.

"Siasatan juga mengambil kira pelbagai aspek termasuk laporan dibuat lelaki 28 tahun yang mendakwa trak pikap Ford Ranger miliknya yang dilarikan ketika kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Azmir berkata, identiti dua mangsa rentung masih dalam proses mengenalpasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA), manakala seorang lagi mangsa yang maut tercampak berusia 33 tahun.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, tiga individu meninggal dunia selepas Honda HRV dinaiki terbakar selepas terbabas akibat dikejar sebuah kereta BMW dipandu lelaki 28 tahun.

Sebelum itu, semua mangsa bersama seorang lelaki yang masih belum ditemui ke sebuah rumah di Sungai Pinang di sini dan melarikan Ford Ranger.

Berita berkaitan:

  • Larikan Ford Ranger sebelum kemalangan [METROTV]
  • 'Saya nampak tangan mangsa kaku sebelum kenderaan terbakar'
  • Tiga maut termasuk dua daripadanya rentung [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Februari 2022 @ 3:21 PM