LAPORAN Harian Metro
LAPORAN Harian Metro
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Hasil laporan bedah siasat terhadap tiga mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong semalam dipercayai akibat terhidu asap dalam kebakaran.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, laporan keputusan itu diperoleh berdasarkan bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat ketiga-tiga mangsa.

Beliau berkata, bagaimanapun setakat ini siasatan lanjut masih dilakukan berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, tiga pelanggan sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong ditemui maut manakala lapan lagi mangsa terselamat dalam kebakaran di premis bangunan dua tingkat itu.

Mangsa pertama iaitu lelaki dikenali sebagai Mark Barry, 32, ditemui dalam bilik VVIP 1 jam 11.30 pagi manakala dua lagi iaitu wanita, Kim Mei Kit, 32, dan lelaki, Jeffry Tan Yan Wei, 30, ditemui dalam bilik VVIP 2 tidak lama kemudian.

Berita berkaitan:

  • Kebakaran pusat karaoke: Polis siasat sama ada wujud unsur khianat, jenayah [METROTV]
  • Tiga pengunjung maut pusat karaoke terbakar [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 9:47 PM