ANTARA pokok keladi yang dicabut pencuri. FOTO ROSELAN AB MALEK
ANTARA pokok keladi yang dicabut pencuri. FOTO ROSELAN AB MALEK
Roselan Ab Malek


Jerantut: Seorang suri rumah membuat laporan polis apabila 20 keladi hiasan pelbagai jenis miliknya di rembat oleh pencuri sehingga dia mengalami kerugian kira kira RM3,000.

Nurmaizirawati Mustafa berkata kebanyakan pokok keladi yang hilang adalah jenis mahal atau lebih dikenali sebagai jenis kayangan di kalangan peminat keladi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarga tiada di rumah kerana pulang ke kampung selama empat hari, minggu lalu.

"Pencuri itu memilih keladi yang mahal sahaja dan lebih menyakitkan hati, pencuri itu hanya mencabut ubi keladi dan meninggalkan daun serta pasu kosong,"

"Saya mempunyai 30 pasu keladi dan pencuri itu mengambil 20 pasu keladi yang mahal," katanya yang tinggal di Perumahan LKNP Peringkat 4 dekat sini.

Beliau berkata, kejadian itu bukan sahaja kepadanya tetapi turut dialami oleh empat orang jirannya di Taman perumahan itu

"Saya berasa sedih kerana sudah menjaga keladi itu sejak dua tahun lalu. Memandangkan ia mahal apabila besar, saya memeliharanya dari kecil sehingga rimbun seperti sekarang.

"Keladi ini menjadi terapi jiwa kerana keunikan pelbagai warna daunnya dan bentuknya.

"Saya tahu pokok kelad kini tular dan menjadi trend pada masa kini tetapi langsung tidak menjangka pokok keladi saya menjadi sasaran pencuri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 11:18 AM