EMPAT lelaki yang dikehendaki polis. Davadas (atas kiri); Xavier (bawah, kiri); Murugan (atas, kanan) dan Panirselvam. FOTO ihsan polis
EMPAT lelaki yang dikehendaki polis. Davadas (atas kiri); Xavier (bawah, kiri); Murugan (atas, kanan) dan Panirselvam. FOTO ihsan polis
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Empat lelaki dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes menyamar anggota polis, menculik dan membunuh lelaki berusia 39 tahun di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut pada 13 November lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek masih bebas manakala dua rakan mereka diberkas polis pada 14 November lalu pada jam 3.30 pagi di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

"Dua lelaki ini akan didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini selepas direman selama 10 hari.

"Empat lelaki yang dikehendaki ialah Davadas Anpankam (Deva), 41, beralamat di N0 4 Batu 15 ½ Templer Park, Rawang, Selangor; Xavier Peter (Beckam @ Bob), 42, beralamat di 02-12 Blok Selasih, Taman Tun Teja, Batu 6, Rawang, Selangor; Murugan Christnan (Romeo), 40, beralamat di No 717, Tingkat 6, Blok C, Taman Prima Selayang, Batu Cave, Selangor dan Panirselvam Subramaniam (Panir), 31, beralamat di 10-1-23 Jalan 2/1a, Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302/ 364/170 Kanun Keseksaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, polis menerima aduan daripada isteri mangsa berumur 38 tahun yang mengatakan suaminya diculik semasa berada di rumah.

Polis kemudian menerima panggilan memaklumkan mangsa sudah berada di Hospital Selayang, Selangor.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 pagi oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Selayang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 12:05 PM