Siri donut baharu Oh Mango! dari Big Apple Donuts & Coffee, yang kaya dengan rasa isi buah mangga . - FOTO Hiasan.
Siri donut baharu Oh Mango! dari Big Apple Donuts & Coffee, yang kaya dengan rasa isi buah mangga . - FOTO Hiasan.
Nur Amirah Abd Rani

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. 

Jika di Malaysia, buah-buahan tropika seperti buah mangga kaya dengan antioksidan dan baik untuk kesihatan kulit. 

Dikenali sebagai buah mempelam atau buah pauh, buah mangga  enak dimakan begitu sahaja dan boleh dijadikan sebagai pencuci mulut dan digunakan dalam masakan. 

Anda tidak perlu risau sekiranya anda teringin untuk makan pencuci mulut dengan perisa mangga kerana jenama donat, Big Apple Donuts & Coffee memperkenalkan siri baharu Oh Mango! 

Terkenal dengan donut premium, Big Apple mengeluarkan dua perisa donut baharu yang dinanti-nantikan dibuat dengan isi buah mangga kaya dengan buah tropikal mangga iaitu Mangogo! dan My-Mango.

Image

Image

Image

Menariknya resepi Mangogo! dan My-Mango ini menggunakan gabungan isi mangga segar  dengan krim mangga. 

Seperti yang diketahui, donut dari Big Apple hadir dalam tiga jenis bentuk iaitu ring, shell dan bismark. 

Ketiga-tiga bentuk donut ini memiliki setiap keunikan berdasarkan cita rasa orang ramai, jadi sekiranya anda ingin menikmati donut dengan lebih penuh perisa dan krim anda boleh memilih donut dengan bentuk shell dan bismark. 

Menariknya, kedua-dua siri donut baharu dari Oh Mango! memiliki bentuk shell dan bismark, setiap gigitan dari donut ini kaya dengan gabungan isi mangga segar  yang berlemak serta lazat dengan krim mangga. 

Kedua-dua donut mangga ini datang dengan rasa mangga segar bermula dari gigitan pertama yang manis memikat, diikuti rasa masam dengan gabungan isi mangga manis bersama krim mangga yang enak sekali. 

Anda tidak perlu risau kerana tekstur donut dari Big Apple sangat sesuai dan menepati cita rasa semua peringkat usia dan sesuai untuk hidangan majlis keramaian. 

Image

Ini kerana, donut dari Big Apple disempurnakan dengan resipi terbaik, gebu dari dalam dengan pelbagai pilihan yang sama lazat. 

Orang ramai boleh singgah di mana-mana cawangan Big Apple berhampiran anda untuk dapatkan siri eksklusif donut Oh Mango! terbaharu dari Big Apple Donuts & Coffee. 

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang https://www.bigappledonuts.com atau layari media sosial Facebook dan Instagram

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 10:19 AM