Beberapa rumah dan kawasan di Pokok Sena terjejas akibat banjir kilat selepas dinaiki air  disebabkan hujan lebat lebih dua jam. FOTO IHSAN BOMBA
Beberapa rumah dan kawasan di Pokok Sena terjejas akibat banjir kilat selepas dinaiki air disebabkan hujan lebat lebih dua jam. FOTO IHSAN BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa laluan di Pokok Sena, termasuk sebilangan kecil rumah penduduk di Jalan Kampung Machang Kudung, terjejas akibat dinaiki air, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena terbabit dalam operasi menyelamat mangsa banjir di kampung berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan 4.10 petang dan anggota BBP Pokok Sena di lokasi tidak lama kemudian.

"Anggota bomba membantu memindahkan 11 mangsa dari tiga keluarga yang terdiri dari seorang warga emas, Dua lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan enam kanak-kanak lelaki.

"Mereka dipindahkan ke rumah jiran berhampiran selepas rumah mereka dinaiki air mencecah 0.5 meter paras air akibat banjir kilat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, setakat ini dilaporkan pergerakan air di Pokok Sena masih deras di lokasi.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Oktober 2021 @ 6:49 PM