GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: Sebanyak 30 kawasan di Sungai Besar akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan satu kejadian paip pecah di Batu 6, Jalan Besar Sungai Lias, hari ini.

Menerusi aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), pihaknya terpaksa menutup bekalan air pada 7.10 malam untuk melaksanakan kerja pembaikan paip pecah itu.

"Kerja pembaikan dijangka siap 7.10 pagi esok (21 Oktober).

"Kawasan yang terjejas adalah Kampung Nelayan Sungai Besar, Taman Seri, Taman Ehsan, Taman Raya, Taman Desa Indah, Taman Makmur, Taman Ria, Taman Seri Kanakam, Taman Yu, Taman Cahaya, Taman Seri Indah, Taman Bedena Jaya, Taman Kelisa, Taman Suria, Taman Oscar, Kampung Sungai Lias Baroh, Jalan Surau Kaca, Taman Kelah dan Jalan Taman Pusara.

"Turut terjejas, Jalan Lama Panchang Bedena sehingga ke Jalan Pantai Sekendi, Taman Arowana Perdana, Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (MITTIS), Kampung Sungai Burung, Bagan Sungai Burung, Kampung Sungai Gatal, Taman Seri Bedena, Masjid Muhammadiah Panchang Bedena, Masjid Lama Panchang Bedena, Kilang Fusipim dan Jalan Besar dari Shell Sungai Lias membawa sehingga ke kawasan berdepan Kem Askar Tebuk Pulai," katanya.

Menurut aplikasi itu, proses kerja pembaikan sedang berlangsung dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan dan meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

"Status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 11:25 PM