Polis menahan seorang lelaki selepas menimbulkan huru-hara di kawasan Satok pada tengah hari tadi. FOTO MELVIN JONI
Polis menahan seorang lelaki selepas menimbulkan huru-hara di kawasan Satok pada tengah hari tadi. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


Kuching: Polis menahan seorang lelaki kerana menimbulkan huru-hara dengan mengacukan pisau kepada orang ramai di kawasan Satok, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai gelandangan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

"Selepas ditahan lelaki terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan mental," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahsmon berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan ketika kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 5:39 PM