Md  Yunus bersama isteri dan anaknya di rumah mereka di Taman Seri Lendu selepas pulih dari Covid-19.FOTO NAZRI ABU BAKAR
Md Yunus bersama isteri dan anaknya di rumah mereka di Taman Seri Lendu selepas pulih dari Covid-19.FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar

Melaka: "Sepanjang dua minggu ditidurkan, saya sering melihat imej binatang buas yang menakutkan," ujar Md Yunus Baba, 62, yang pernah menempuhi tahap kritikal jangkitan Covid-19.

Menurutnya, kemunculan ular hitam, harimau dan buaya ketika dia berada dalam keadaan koma meninggalkan keinsafan yang tinggi sebaik diberi peluang ke dua untuk terus hidup.

"Mungkin ia adalah petunjuk Allah SWT supaya saya memikirkan rahmat tersembunyi selepas pulih dari tahap lima Covid-19.

"Ketika itu nyawa saya di hujung tanduk apabila doktor memaklumkan paru- paru saya rosak teruk akibat jangkitan virus. Malah ketika petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil saya di rumah di Taman Seri Lendu di sini, bacaan oksigen saya sudah menurun sehingga paras 86 peratus," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di Hospital Alor Gajah, dia terus diberi bantuan pernafasan sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka dan ditidurkan.

Dia memaklumkan sempat memberi pesanan ringkas kepada isteri, Sabariah Majid, 57 dan anaknya sebelum ditidurkan.

"Saya bersyukur kerana diberi kesembuhan walaupun pernah sesak nafas yang teruk , tiada selera makan dan hampir pengsan semasa di rumah.

"Malah dua menantu saya yang kritikal pada tahap lima turut ditidurkan sementara isteri dan anak bongsu turut dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka ( MITC).

"Lebih menyedihkan apabila anak perempuan saya yang mengandung turut menjalani rawatan di Hospital Melaka.

"Tiga cucu masing-masing berusia empat, tujuh dan 10 tahun turut positif Covid-19 namun Alhamdulillah semua mereka kini sudah bebas daripada jangkitan Covid 19," katanya semalam.

Baginya semua yang berlaku adalah ujian dari Allah SWT dan mereka perlu tabah menempuh dugaan besar itu.

Jelasnya, hanya kekuasaan Allah SWT dan keizinanNya yang memanjangkan usianya selepas setiap usaha gigih dilakukan doktor dan petugas hospital.

Sementara itu Sabariah berkata, sukar digambarkan perasaannya ketika mereka sekeluarga positif Covid-19 tambahan suami dan dua menantunya terpaksa ditidurkan.

Menurutnya, apapun dia bersyukur masing-masing sempat menerima vaksin dos pertama sebelum disahkan positif covid-19.

Keterangan gambar

Alor Gajah: 2.9.2021.Mimpi ngeri ketika koma

Pix 1-Md Yunus Baba..ketika ditidurkan.

Pix 2 -MdYunus Baba bersama isteri dan anaknya di rumah mereka di Taman Seri Lendu selepas pulih dari Covid-19.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Tamat

From: Na

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 4:55 PM