Anggota bomba bertungkus-lumus membina semula rumah Zakaria di Kampung Solok Seberang Perai, Sungai Petai Alor Gajah. FOTO HASSAN OMAR
Anggota bomba bertungkus-lumus membina semula rumah Zakaria di Kampung Solok Seberang Perai, Sungai Petai Alor Gajah. FOTO HASSAN OMAR
Hassan Omar


Alor Gajah: Tidak hanya memadamkan kebakaran malah anggota bomba Melaka sanggup membantu mendirikan semula rumah yang hangus dijilat api.

Jiwa pengasih ditonjolkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) wajar dipuji dalam memastikan mangsa kebakaran dapat membina hidup semula.

Usaha murni itu digerakkan enam pegawai bomba dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) JBPM dengan membina semula kediaman Zakaria Abdul Rahman, 57, yang hangus pada 9 September 2020.

Ketua JBPM Zon Alor Gajah dan Masjid Tanah, Penguasa Bomba Rohaya Alias berkata, usaha itu dilakukan pegawai bomba kanan, Jamian Salleh dari BBP Padang Temu, Zulkarnain Hamid (BBP Jasin Bestari), Mohd Nizam Abdullah dan Amirul Adli Rohni (BBP Masjid Tanah) dan Mohd Wira Mohd Saad serta Mazlan Abu Hasan (BBP Alor Gajah).

"Projek itu dimulakan pada 7 Januari lalu dan dijangka siap sepenuhnya 4 April depan. Keenam-enam pegawai terbabit memiliki kemahiran seni pertukangan yang diperoleh melalui pengalaman masing-masing," katanya.

Sementara itu Jamian berkata, meskipun terpaksa bermandi peluh di bawah terik sinar matahari, dia dan lima rakannya tetap tabah menyiapkan kediaman selesa buat Zakaria dan anggota keluarganya.

"Hanya ini dapat kami bantu bagi memastikan Zakaria dapat membina hidup semula bersama ibunya," katanya/

Dalam kejadian jam 6.45 petang, 9 September lalu, Zakaria yang masih bujang dan ibunya, Ramlah Desot, 72, serta adiknya,

Mokhtar, 56, tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka hangus.

Sementara itu Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ali Hassan Ahmad Shamsuddin berkata, peruntukan RM40,000 disumbangkan Lembaga Perumahan Melaka (LPM) manakala kerajaan negeri menyalurkan RM3,000 melalui Tabung Bencana Alam.

Katanya, projek itu dilaksanakan melalui kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah dengan pelbagai agensi kerajaan, terutama JBPM yang menyediakan tenaga kerja secara gotong-royong.

-ends-

Pix 1-16: Anggota bomba bertungkus-lumus membina semula rumah Zakaria di Kampung Solok Seberang Perai, Sungai Petai Alor Gajah.

Pix 17: Zakaria (kiri) memerhatikan anggota bomba membina semula rumahnya di Kampung Solok Seberang Perai, Sungai Petai Alor Gajah.

Pix 18: Zakaria bakal menikmati kediaman baharu menjelang 4 April depan di Kampung Solok Seberang Perai, Sungai Petai Alor Gajah.

Pix 19: Zakaria Abdul Rahman, 57.

Pix 20: Beginilah rumah Zakaria di Kampung Solok Seberang Perai, Sungai Petai, Alor Gajah yang hangus pada 9 September 2020.

Pix 21: Zakaria meninjau pondok dibina Mokhtar berhampiran rumah Abdul Malek di Kampung Solok Seberang Perai, Sungai Petai Alor Gajah.

- Foto HASSAN OMAR

From: HJ HASAN

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 8:21 PM