Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). FOTO ARKIB NSTP
Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). FOTO ARKIB NSTP
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Peningkatan kes Covid-19 di Kelantan sejak dua minggu lalu menyebabkan penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) meningkat antara 70 hingga 90 peratus sehingga semalam.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, penggunaan katil di 12 PKRC di negeri itu meningkat mendadak.

Katanya, penggunaan katil di semua PKRC mencatatkan jumlah antara 70 hingga 90 peratus sejak beberapa hari lalu.

"Walaupun penggunaan katil di PKRC meningkat berbanding sebelum ini, namun setakat ini ia masih mampu menampung jumlah pesakit Covid-19.

"Jika jumlah Covid-19 harian di bawah angka 500 kes sehari, PKRC yang ada mencukupi dan penggunaannya akan dioptimumkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Mohd Zurairie berkata, untuk memastikan kes Covid-19 di negeri ini turun, semua pihak termasuk masyarakat perlu bekerjasama untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 4:36 PM