Gambar viral, van jenazah dan ambulans beratur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk pengebumian jenazah pesakit Covid-19.
Gambar viral, van jenazah dan ambulans beratur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk pengebumian jenazah pesakit Covid-19.
BERNAMA

Seremban: Tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan (WP) masih mencukupi bagi menampung pengebumian termasuk jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau bagaimanapun berkata perbincangan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan akan diadakan bagi melihat secara serius keperluan penambahan tanah perkuburan umat Islam di Wilayah Persekutuan, yang ketika ini amat terhad berbanding di negeri lain.

"Saya telah laporkan perkara ini kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ia perlu dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kepada golongan memerlukan di sini hari ini.

YWM memperuntukkan sumbangan pek barangan makanan keperluan di bawah Program Dana Perlu berjumlah RM11,250 yang memanfaatkan 225 penerima terdiri daripada pemandu teksi, veteran Angkatan Tentera Malaysia dan individu terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Julai 2021 @ 6:04 PM