GAMBAR hiasan. FOTO Mohd Adam Arinin.
GAMBAR hiasan. FOTO Mohd Adam Arinin.
Mohd Roji Kawi


Kuching : Sarawak menarik balik kebenaran 'dine-in' di premis makan berikutan penularan varian Delta (VOC) Covid-19 di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak mengkaji semula dan menambahbaik prosedur operasi standard (SOP) makan premis dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Justeru, buat sementara waktu 'dine-in' adalah tidak dibenarkan sehingga SOP terkini dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Sarawak sebagai negeri ke sembilan memasuki fasa kedua PPN bermula esok.

Susulan pengumuman itu, JPBN Sarawak mengeluarkan senarai aktiviti yang dibenarkan termasuk makan di premis menerusi akaun rasmi Facebook malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr David Perera, dalam laporannya kepada Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini memaklumkan 16 lagi varian Delta (B.1 617.2) telah dikesan di Kuching.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan varian itu yang dikesan di Sarawak kini sebanyak 17.

Menurutnya, selain varian Delta, satu lagi kes baru dari varian Beta (B.1.351) juga dikesan di Kuching.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 6:46 PM