PRESIDEN MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman (kanan berbaju putih) menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan  kepada  Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli  Mat di Hospital ATM. FOTO Ihsan MRA
PRESIDEN MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman (kanan berbaju putih) menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat di Hospital ATM. FOTO Ihsan MRA
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: The Edge Media Group menyampaikan sumbangan bernilai RM529,358 daripada tabung yang ditubuhkan melalui Malaysian Relief Agency (MRA) kepada Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai salah satu inisiatif menangani wabak Covid-19.

Kerjasama itu tidak asing lagi buat MRA yang pernah bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 untuk membuat penghantaran barangan misi kemanusiaan ke Borneo.

Presiden MRA Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, The Edge Media Group antara penyumbang terbesar dan sudah menghulurkan bantuan sebanyak RM4.7 Juta kepada MRA sepanjang PKP 1.0 hingga kini.

"Barangan sumbangan terdiri daripada peralatan perubatan Unit Rawatan Rapi (ICU), apron perubatan, mesin ventilator, Oxygen Concentrator, pelitup muka dan set pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan Hospital Sibu dan Hospital Labuan.

"Penyerahan sumbangan itu bertujuan meningkatkan lagi tahap fasiliti perubatan di ICUdikelola oleh

ATM bagi menangani wabak Covid-19 yang semakinmeningkat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Hospital ATM dan disempurnakan Dr Mohd Daud yang menyampaikannya kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat.

Hadir sama, Timbalan Presiden MRA Khairil Annuar Khalid dan Pengarah Perubatan Mejar Jeneral Datuk Dr Mohammad Amirrudin Hamdan.

Dr Mohd Daud berkata, MRA menzahirkan penghargaan terima kasih kepada penderma yang menghulurkan sumbangan.

"MRA amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dansumbangan pada masa hadapan.

"Kami akan terus komited dalam membantu mereka yang memerlukan.

"MRA merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke MRA menerusi akaun Maybank bernombor 564098206365," katanya.

Maklumat lanjut mengenai program MRA boleh didapati dengan menghubungi taliam 03-9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan platform digital MRA di Facebook (Fb), Instagram (IG) Twitter dan Youtube.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 5:03 PM