Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.

HAMZAH (kiri) bersama Acryl Sani (kanan) memakaikan pangkat kepada Mazlan (tengah) yang dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara baharu. FOTO Mohd Fadli Hamzah
HAMZAH (kiri) bersama Acryl Sani (kanan) memakaikan pangkat kepada Mazlan (tengah) yang dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara baharu. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Sesi penyerahan jawatan itu dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Acryl Sani di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.

Sebelum ini, beberapa nama yang disebut untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, yang ditinggalkan Acryl Sani.

Selain Mazlan, dua lagi nama yang disebut untuk menjawat jawatan berkenaan iaitu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din.

DATUK Seri Mazlan Lazim. FOTO arkib NSTP
DATUK Seri Mazlan Lazim. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 3:24 PM