Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) meluluskan 5,621 permohonan vaksinasi dalam kalangan penuntut yang akan menyambung pengajian ke luar negara.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, permohonan awal yang diterima itu untuk membolehkan mereka ke luar negara dalam masa terdekat.

"Mereka perlu mendapatkan vaksin mereka segera bagi tujuan menyambung pengajian.

"Penuntut yang belum lagi menerima janji temu boleh menghantar emel kepada [email protected]," katanya dalam sidang media CITF secara maya hari ini.

Turut sama dalam sidang media itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, pihaknya akan memproses permohonan itu supaya vaksinasi boleh diberikan kepada mereka sebelum melanjutkan pengajian di luar negara.

FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 3:40 PM