PETUGAS kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19. FOTO Faiz Anuar
PETUGAS kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19. FOTO Faiz Anuar
BERNAMA

Shah Alam: Seramai 3,055 individu disyaki positif Covid-19 hasil saringan program Saringan Komuniti Covid-19 yang dianjurkan secara percuma membabitkan 38 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor setakat semalam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di akaun Facebook @Amirudin Shari berkata, sehingga 1 Jun (semalam), seramai 80,981 rakyat di Selangor menyertai Program Saringan Covid-19 secara percuma oleh kerajaan negeri.

"Jumlah ini melebihi sasaran awal iaitu seramai 50,000 individu dan inisiatif ini akan diteruskan di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam," katanya dalam hantaran itu.

Program anjuran kerajaan Selangor itu mula dilaksanakan pada 8 Mei lalu sehingga 10 Jun dan ia program saringan percuma membabitkan rakyat di 56 DUN di Selangor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Jun 2021 @ 3:20 PM