Amirudin Shari.
Amirudin Shari.
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Kerajaan negeri menambah RM1 juta peruntukan bagi khairat kematian berjumlah RM1,000 kepada keluarga penduduk Selangor yang meninggal dunia akibat pandemik Covid-19.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebelum ini menerusi inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan pada Jun lalu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM1.5 juta bagi tujuan itu.

"Tambahan peruntukan diberikan berikutan peningkatan kadar kematian rakyat negeri ini akibat Covid-19.

"Peruntukan sebelum ini dapat memanfaatkan 1,500 keluarga atau waris mangsa Covid-19 dan dengan tambahan RM1 juta ini, sekitar 1,000 lagi akan menerima manfaat ini," katanya pada sidang media secara atas talian, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan menyediakan 60,000 kit ujian saringan kendiri secara percuma kepada rakyat negeri ini yang disahkan positif Covid-19.

Katanya, program berkenaan dilaksanakan menerusi 56 Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri mulai bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 6:03 PM