Anggota bomba sedang mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kereta kawasan Pangsapuri Meranti, Cheras Hartamas di Ampang Jaya hari ini. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba sedang mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kereta kawasan Pangsapuri Meranti, Cheras Hartamas di Ampang Jaya hari ini. Foto Ihsan JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Sebuah kereta rosak selepas dihempap dahan pokok yang tumbang di kawasan Pangsapuri Meranti, Cheras Hartamas di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.36 tengah hari sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah tiba di lokasi kejadian pada 1.44 tengah hari.

Menurutnya, sebaik tiba mendapati dahan pokok menghempap belakang kereta terbabit namun tidak membabitkan mangsa.

"Anggota bomba kemudian mengikat dahan dan memotongnya sebelum mengalihkan kereta itu ke tempat selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 6:03 PM