WANITA yang diselamatkan selepas rumah didiami terbakar. FOTO Ihsan Bomba.
WANITA yang diselamatkan selepas rumah didiami terbakar. FOTO Ihsan Bomba.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila rumahnya di Taman Kajang Utama, di sini, terbakar, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.07 pagi.

"Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati sebuah rumah terbakar di bahagian bilik. Kami dimaklumkan terdapat seorang wanita berusia 35 tahun berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian itu ," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, mangsa berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami trauma akibat kejadian itu.

"Kami mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran itu.

"Punca kebakaran masih dalam kebakaran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Mei 2021 @ 12:26 PM