Rekaan astaka ilham dari timur tengah yang unik menjadi tarikan kawasan kediaman S P Setia. - FOTO S P Setia
Rekaan astaka ilham dari timur tengah yang unik menjadi tarikan kawasan kediaman S P Setia. - FOTO S P Setia
Nur Amirah Abd Rani

Mendiami kediaman dikelilingi alam semula sudah menjadi keperluan dan tarikan buat masa kini.

Satu kajian saintifik membuktikan bahawa meluangkan masa menikmati alam semula jadi dapat memperbaiki tumpuan mental dan mengurangkan kemurungan serta tekanan selepas pulang daripada kerja.

Apabila melangkah masuk ke dalam rumah atau kawasan kejiranan dikelilingi tanaman hijau dan ditemani bunyi burung yang berkicauan, pastinya dapat membangkitkan semula semangat sebelum meluangkan masa bersama keluarga.

Image

Setia Alamsari dahulu dikenali sebagai Alam Sari yang dimiliki oleh I & P Group sebelum S P Setia mengambil alih seluruh kawasan perbandaran melalui penjenamaan semula lalu menyediakan pelbagai jenis rumah seperti teres dua tingkat, rumah berkembar dua tingkat, banglo dan pusat komersial dalam kawasan perbandaran berkonsepkan taman dan alam semula jadi.

Setia Alamsari adalah perbandaran pegangan bebas berkeluasan 775  hektar memenuhi pelbagai keperluan sasaran seperti pembeli rumah kali pertama, pembeli yang ingin menaik taraf rumah, keluarga kecil, besar dan banyak lagi.

Terletak hanya lima minit dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Setia Alamsari digelar sebagai bandar terbesar di kawasan Kajang.

Ia mudah diakses melalui tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, Lebuhraya Kajang Silk dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

Bagi menaikkan lagi suasana semula jadi, Setia Alamsari dilengkapi landskap menarik  bertemakan lapan taman dengan ciri tersendiri. 

Image

Selain itu, Setia Alamsari menyediakan konsep berpengawal untuk keselamatan penduduk.

Sehingga kini, pembangunan keseluruhan Setia Alamsari mencecah sehingga 35 peratus dan banyak lagi pembangunan serta kemudahan disediakan untuk kegunaan penduduk Setia Alamsari pada masa akan datang.

S P Setia bakal melancarkan lebih banyak rumah teres kos sederhana untuk menepati pasaran semasa memandangkan ia menerima permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat sekeliling kawasan Kajang, Bangi dan Semenyih.

Pada tahun ini juga, Setia Alamsari akan melancarkan beberapa jenis fasa seperti rumah teres dua tingkat, rumah kluster dua tingkat dan juga lot kedai komersil sebagai sebahagian daripada perancangan untuk terus mengembangkan keseluruhan kawasan perbandaran.

Lapan konsep taman

Image

Setia Alamsari adalah perbandaran dilengkapi lapan konsep taman, masing-masing mempunyai pendekatan reka bentuk landskap khas dan berbeza.

Lapan konsep taman tersebut adalah Canopy Park, Nest of Dream, Lake of Reflection, Spring Meadows, Casablanca Park, Garden of Lights, Serenity Pathway dan Field of Happiness.

Image

Bagi anda yang inginkan ruang kediaman luas, S P Setia menawarkan fasa pertama dari koleksi CASA Collection iaitu Caressa.

Caressa menawarkan rumah kluster dua tingkat yang berkeluasan daripada 1,965 kaki persegi sehingga 2,022 kaki persegi dengan saiz tanah 32 x 65.

Caressa dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik air dengan lebihan tanah tepi 10 kaki untuk kegunaan ruang bagi seisi keluarga.

Image

Ia dijangka akan menarik minat pelbagai jenis pembeli sama ada rumah kali pertama, golongan belia atau yang ingin menaik taraf kepada rumah berkeluasan lebih besar. 

Dengan tawaran projek seperti ini, S P Setia berharap lebih banyak pembeli akan memilih untuk mendiami Setia Alamsari memandangkan lokasinya yang strategik dan dikelilingi kemudahan awam  sedia ada di sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih.

Image

Rumah contoh sedia untuk dikunjungi dan bagi memenuhi jumlah pengunjung yang datang, galeri jualan Setia Alamsari dipindahkan ke Setia Alamsari Welcome Centre pada 10 April lalu yang menempatkan bukan sahaja galeri jualan malah rumah contoh dan pejabat perkhidmatan pelanggan untuk menangani isu pembeli selepas jualan.

Ratusan pengunjung yang sedang mencari rumah idaman hadir bagi menyaksikan rumah contoh dan unit pameran koleksi pertama CASA iaitu Caressa.

Rata-rata daripada mereka kagum dengan tawaran diberikan S P Setia selain menunjukkan minat mendaftar dan memiliki kediaman di Setia Alamsari.

Image

Ketika acara berkenaan, S P Setia turut berkongsi beberapa pembangunan perbandaran yang bakal dilancarkan pada masa akan datang seperti rumah teres dua tingkat dengan saiz 20 x 65 dan pusat komersial untuk menampung keperluan penduduk Setia Alamsari yang jangka akan meningkat tidak lama lagi.

Kunjungi rumah contoh yang tersedia di Setia Alamsari Welcome Centre untuk maklumat lanjut mengenai Caressa.

Layari laman web S P Setia atau menghubungi kakitangan jualan di talian 03-87362255 untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek terbaharu mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Mei 2021 @ 4:58 PM