Pembaharuan Giant meliputi pembekalan produk berkualiti, servis terbaik dan tawaran harga murah.
Pembaharuan Giant meliputi pembekalan produk berkualiti, servis terbaik dan tawaran harga murah.
Nur Amirah Abd Rani

RANGKAIAN Pasar raya Besar Giant memperkenalkan rangkaian pembaharuan dengan jaminan lebih banyak tawaran harga produk berkualiti serta pengalaman mengujakan buat pelanggan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Makanan Asia Tenggara, Dairy Farm Group, Chris Bush berkata, pembaharuan ini meliputi ratusan produk baharu bagi makanan segar dengan tahap kualiti yang tinggi serta spesifikasi baharu serta jaminan kualiti kepada pelanggan. 

"Pembaharuan ini membuktikan pihak syarikat mengambil kira dan bertindak berdasarkan maklum balas dari pelanggan sebelum membuat pembaharuan di semua stor operasi. 

Menurutnya, pelbagai usaha diletakkan di dalam proses pembaharuan meliputi standard kebersihan, tahap servis serta ketersediaan produk di sini. 

"Pembaharuan ini turut meliputi penjenamaan semula kesemua 57 cawangan Giant di seluruh negara termasuk penukaran reka bentuk logo," katanya.

1. Tampil dengan penambahan kuantiti produk 

Image

Giant bakal melancarkan lebih 2,000 produk tambahan baharu merangkumi makanan segar, barangan runcit serta barangan keperluan rumah di kedai. 

Oleh itu, pelanggan tidak perlu risau sekiranya perlu mencari barang yang sukar didapati  kerana dengan pembaharuan ini, pelanggan boleh menikmati pengalaman membeli tanpa perlu berebut atau risau kehabisan stok. 

Selain itu, pembaharuan terhadap rangkaian barangan am juga turut dilaksanakan, Giant memastikan barangan berkualiti boleh didapati pada harga berpatutan serta mampu memudahkan urusan harian pelanggan. 

Pelanggan juga boleh mendapatkan hampir 700 barangan baharu merangkumi keperluan alatan memasak, perkakas rumah, kotak menyimpan barang.

2. Kesegaran terjamin 

Image

Lebih menarik lagi, di bahagian barangan segar Giant, pelanggan boleh menikmati produk segar yang diambil secara terus daripada peladang tanpa menggunakan orang tengah bagi menjamin kesegaran produk pada harga mampu milik.

Pelanggan tidak perlu runsing memilih barangan mentah seperti, daging, ayam serta sayur-sayuran kerana produk disediakan di Giant menepati standard kebersihan bagi menjamin keselamatan bahan mentah. 

3. Teroka makanan antarabangsa

Image

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pemilihan makanan yang lebih luas dengan lorong makanan "World of Food", menempatkan makanan serta minuman dari hampir tujuh negara. 

Justeru, bagi pelanggan sekiranya anda mempunyai keinginan untuk merasai snek dari negara Jepun atau Korea, pelanggan boleh memilih pelbagai jenis pilihan yang tersedia di Giant.

4. Zon Ringgit serendah RM3

Image

Bagi pelanggan yang mahukan pilihan lebih murah atau sedang berjimat, anda tidak boleh melepaskan peluang mendapatkan tawaran harga rendah di Zon Ringgit. 

Antara barangan dijual di Zon Ringgit adalah peralatan dapur dan barangan penjagaan peribadi dijual pada harga serendah RM3 bagi setiap produk. 

5. Dilengkapi pusat kesihatan dan kecantikan

Image

Menariknya, di Giant terdapat Guardian dengan konsep stor yang inovatif, dikenali sebagai SIS atau Store-In-Store. 

Pelanggan mengunjungi Giant boleh meluangkan masa di ruangan pusat kesihatan dan kecantikan Guardian bagi mendapatkan barangan kesihatan atau penjagaan kecantikan pada harga murah serta lebih banyak pilihan tersedia. 

Oleh itu, pelanggan boleh menjimatkan masa dengan hanya membeli di ruang barangan kecantikan Guardian di Giant.

6. Promosi harga rendah

Image

Selain itu, pelanggan tidak boleh melepaskan peluang dengan tawaran harga di Giant kerana terdapat ratusan produk diberikan diskaun sehingga 50 peratus sepanjang Ramadan. 

Pada masa sama, promosi lain turut berlangsung sepanjang hari, pelanggan boleh membeli tanpa perlu risau untuk berbelanja lebih kerana harga ditawarkan sangat berbaloi serta jimat berbanding harga pasaran lain. 

Promosi nilai jimat juga dilaksanakan di Giant seperti promosi musim perayaan, diskaun kategori dan juga promosi pembelian pelbagai barang dalam jumlah banyak. 

7. Sistem kaunter pembayaran lebih efisien

Image

Penambahbaikan serta pembaharuan Giant juga meliputi sistem kaunter pembayaran lebih efisien. 

Giant memastikan pelanggan tidak perlu beratur lama untuk melaksanakan transaksi pembayaran di kaunter. 

Oleh itu, pengurusan Giant akan memastikan kesemua kaunter pembayaran akan dibuka sekiranya jumlah pelanggan ramai dan barisan melebihi garisan hijau. 

Giant juga menyediakan pembayaran secara e-dompet seperti Touch 'n go dan aplikasi Boost untuk kepuasan maksimum kepada pelanggan ketika menjamin proses pembayaran daftar keluar yang lebih lancar.

Image

Penambahbaikan operasi Giant ini turut seiring dengan pembukaan cawangan Giant Mini yang menawarkan produk barangan seperti kedai runcit. 

Pelanggan tidak perlu meluangkan masa lebih lama untuk membeli satu atau dua barangan harian keperluan dan boleh mengunjungi Giant Mini berhampiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi harian dan kemaskini terkini layari www.giant.com.my atau kunjungi Pasar raya Besar Giant berhampiran anda.   

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 3:21 PM