GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Shah Alam: Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor mengesahkan kenyataan tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor dilaksanakan sama ada 4 atau 5 Mei ini adalah palsu.

Mesej yang tular di media sosial itu berkaitan keputusan dan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, bertarikh 1 Mei.

Mesej itu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor, cadangan berkaitan sekolah dan justifikasi atas keputusan berkenaan.

"Kami mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu," kata Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Selangor mencatatkan kes tertinggi Covid-19 beberapa hari berturut-turut sejak Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baharu yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes, Rabu (28 April), daripada 3,142 kes baharu, Selangor mencatat kes tertinggi (1,019 kes) dan Khamis (29 April) daripada 3,332 kes baharu, Selangor adalah tertinggi dengan 1,083 kes.

Pada Jumaat (30 April) juga daripada 3,788 kes baharu, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 1,265 kes dan Sabtu (1 Mei) daripada 2,881 kes baharu, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 759 kes.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor pada 30 Mei 2021 bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 6:36 PM