SUSPEL ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
SUSPEL ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Lelaki ditahan reman empat hari mulai hari ini kerana disyaki membuat kenyataan menghina institusi Diraja Johor dalam laman sosial Facebook (FB), 18 April lalu.

Suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Tumpat, Kelantan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor semalam sebelum diserahkan kepada polis Johor.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Faridatul Farah Shukri.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia susulan daripada usaha polis Johor membuat hebahan di FB, 29 Mei lalu bagi mengesan lelaki disyaki memuat naik mesej berbaur penghinaan terhadap intitusi Diraja dengan menggunakan nama Lemey.

Mesej itu dimuat naik di halaman TRW Troll Story di FB.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 7:43 PM