Siti Rohana Idris


Kota Bharu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga pemancing yang hilang akibat bot karam di perairan Kuala Besar, di sini, dilakukan, hari ini.

Pencarian membabitkan 64 anggota pasukan penyelamat dengan 10 bot digerakkan sejak 7 pagi tadi di sekitar lokasi kejadian.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sama ada tiga mangsa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di laut.

"Setakat ini kesemua mangsa belum ditemui dan selain pihak berkuasa, pencarian turut dilakukan oleh nelayan tempatan.

Shafein (dua dari kiri) hadir memantau operasi percarian kejadian tiga pemancing hilang di laut selepas bot yang dinaiki terbalik dipukul ombak di Perairan Kuala Besar Badang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Shafein (dua dari kiri) hadir memantau operasi percarian kejadian tiga pemancing hilang di laut selepas bot yang dinaiki terbalik dipukul ombak di Perairan Kuala Besar Badang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

"Kami difahamkan mereka membawa jaket keselamatan, namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa memakai atau tidak peralatan itu," katanya ketika ditemui di Jeti LKIM Kuala Besar, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada 8.30 malam tadi kira-kira 10 batu nautika dari Jeti LKIM Kuala Besar dan tiga mangsa yang hilang ialah Mat Harun Mohd Nor, 54, Mat Awang @ Jali, 55, dan Zulshahmi Danial Zulazman, 26.

Mereka bersama sekumpulan pemancing bertolak dari jeti Kampung Keseng, Kuala Besar pada 5 petang semalam menaiki lima bot sebelum bot dinaiki tiga mangsa itu terbalik akibat dipukul ribut.

TERKINI:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 2:47 PM