Muhammad Najmir Razaman

KUALA LUMPUR: Sempena Aidilfitri yang bakal disambut bulan hadapan, Lazada mencetuskan keceriaan dengan memeriahkan Segitiga Emas di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menampilkan peragaan Koleksi Raya LazLook yang penuh glamor, Lazada membawakan lebih daripada sepuluh jenama fesyen terkemuka tempatan dan memberi peluang kepada peminat fesyen mendapatkan inspirasi gaya anggun bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Lebih daripada 50 model tampil bergaya di sepanjang Bukit Bintang sambil memperagakan koleksi istimewa oleh pereka fesyen terkemuka dan jenama eksklusif seperti Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.

Peragaan tersebut terus mencuri perhatian orang ramai yang melalui persimpangan lintasan paling sibuk itu dengan rekaan elegan baju kurung dan kebaya berinspirasi moden.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, mereka memahami bahawa orang ramai menggunakan platform eDagang apabila mencari produk yang diperlukan terutama menjelang Aidilfitri.

"Oleh itu, kami berbesar hati untuk berkolaborasi dengan jenama dan pereka fesyen terkemuka tempatan bagi mempersembahkan Koleksi Raya LazLook menerusi cara yang glam dan unik", katanya.

Kesemua koleksi baharu yang ditampilkan kini tersedia di Lazada dan para pelanggan hanya perlu klik pada ikon LazLook.

Selain itu, terdapat juga pelbagai ganjaran tambahan dan penjimatan berganda seperti 'Everyday Cashback' dan 'Penghantaran Percuma' sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada.

Keseluruhan acara tersebut juga disiarkan menerusi strim langsung LazLive dan juga bersiaran secara serentak di saluran media sosial Lazada Malaysia.

Fesyen Raya LazLook telah ditaja oleh Kevin Murphy, Maybelline, dan CommonsKL@BBPark.

Strim langsung acara ini turut menampilkan persembahan muzik istimewa oleh penyanyi Naim Daniel ketika peragaan fesyen finale.

Kunjungi laman sesawang Lazada Malaysia bagi melihat lebih 250,000 pilihan koleksi Raya yang menawan pada harga yang berpatutan dan untuk makluman yang terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2023 @ 12:24 PM