FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Johor Bahru: Seorang lelaki warga emas ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pemandu kereta dipukul oleh orang awam di Jalan Taman Cendana-Masai, Pasir Gudang, di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di kediamannya, di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

"Lelaki berkenaan kini direman selama enam hari manakala tiga lagi individu kini sedang diburu polis berhubung kes itu," katanya ketika ditemui pemberita pada program Infaq Ramadan di Taman Molek, di sini, hari ini.

Dua hari lalu, video tular di laman sosial yang menunjukkan seorang remaja lelaki memandu Proton Wira dipukul beberapa pengguna jalan raya selepas dikatakan mengakibatkan penunggang motosikal wanita parah di kepala, kaki dan tangan.

Kejadian berlaku di satu persimpangan lampu isyarat, selepas kereta Proton Wira dipandu remaja terbabit terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang wanita berusia 38 tahun berkenaan.

Akibat dipukul, remaja berusia 18 tahun berkenaan cedera di kepala, muka, kaki kanan, patah hidung, patah jari manis dan kelengkeng.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 April 2021 @ 8:37 PM