LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Pegawai kanan sebuah agensi kerajaan ditahan selama reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket kartel projek yang ditumpaskan kelmarin.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 12 April ini selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun itu bekerja sebagai juruukur bahan gred 48 dipercayai terbabit dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quatity (BQ) bagi projek yang ditawarkan agensi berkenaan.

Sebelum ini, HM melaporkan lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Ampang, semalam.

Suspek itu dipercayai menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek kepada ketua sindiket bagi memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender.

"Hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

"Setakat ini suspek menerima empat kali bayaran dengan anggaran RM1.2 juta," katanya.

Sementara itu, Ketua Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan enggan mengulas lanjut.

Berita berkaitan

Juru ukur ditahan bocor maklumat tender kepada kartel

Dalang Kartel Projek bergelar Datuk milik harta berjuta ringgit, dua helikopter

Kartel projek bernilai RM3.8 bilion lumpuh [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 April 2021 @ 1:25 PM