GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terbabit di Johor ialah Mersing dan Kota Tinggi bermula esok sehingga Khamis ini.

Sementara itu, di Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit serta Tawau (Sabah) hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 2:05 PM