Pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan Dusun Nanding, Nurul Maizatul Akma Rozi (kanan) bersama rakannya Siti Nurfarah Syuhada Zahari (kiri) melakukan ulang kaji pelajaran SPM yang akan datang menerusi program DidikTV@NTV7.
Pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan Dusun Nanding, Nurul Maizatul Akma Rozi (kanan) bersama rakannya Siti Nurfarah Syuhada Zahari (kiri) melakukan ulang kaji pelajaran SPM yang akan datang menerusi program DidikTV@NTV7.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Media Prima Berhad ingin menjelaskan tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu Natseven TV Sdn Bhd (NTV7) dan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan laporan sesetengah pihak.

Media Prima Berhad dalam kenyataannya berkata, ini susulan daripada berita pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM) esok.

Menurutnya, DidikTV KPM adalah kolaborasi komersil strategik antara Media Prima dan KPM meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara melalui capaian luas Media Prima di dalam negara dan keupayaannya dalam menerbitkan kandungan berkualiti.

"DidikTV KPM akan menyiarkan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, di samping program berkaitan pendidikan termasuk kandungan didik hibur.

"Ia juga akan memaparkan kandungan yang memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai murni dan mewujudkan platform bagi masyarakat berinformasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 9:13 PM