GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Kebakaran hutan di Bukit Tanjung Bunga di sini, yang berlaku sejam semalam sukar dipadamkan berikutan faktor muka buminya dan ketiadaan sumber air.

Ketua Balai Bomba Bagan Jermal Mohd Rizuan Ramli berkata, pihaknya berhadapan kesukaran itu dan kerja pemadaman masih lagi berterusan.

Terdahulu, katanya, mereka menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 4.44 petang semalam.

"Seramai 50 anggota terbabit operasi iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal; Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mount Erskine; PBS Bukit Bendera dan PBS Paya Terubong.

"Kebakaran membabitkan kawasan seluas kira-kira tujuh hektar (18 ekar) dan kerja memadamkan api dijalankan secara berterusan bagi mengelakkan ia terus merebak.

"Kita menggunakan 'jet shooter' dan peralatan khas berikutan tiada sumber air terdekat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran itu masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 8:20 AM