Anggota JBPM mengangkat mayat mangsa (kiri) dan dua mayat mangsa ditemukan lemas dalam Tasik Biru. FOTO ihsan JBPM
Anggota JBPM mengangkat mayat mangsa (kiri) dan dua mayat mangsa ditemukan lemas dalam Tasik Biru. FOTO ihsan JBPM
Nurul Hidayah Bahaudin


Rawang: Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut akibat lemas apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam Tasik Biru, di sini, hari ini dipercayai selepas terbabit dalam kemalangan.

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan selepas dua jam operasi dan menyelamat (SAR) dilakukan di lokasi berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.10 petang tadi.

"Sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota bertugas dimaklumkan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Vios dinaiki dua individu yang terbabas ke dalam tasik berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, operasi turut membabitkan anggota daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) berjaya menemui mayat dua mangsa jam 8.01 malam tadi.

"Tiada pengenalan diri ditemui namun kedua-dua mangsa dipercayai warga tempatan.

"Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

⁃ ends

Keterangan gambar:

1. ANGGOTA bomba membawa keluar mayat dua mangsa yang dilaporkan lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam Tasik Biru, Rawang, hari ini.

From: No'Rule

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 9:29 PM