Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, melawat tempat Pusat Penempatan Banjir Sementara di Dewan Masyarakat Kamaruddin Ahmad, Kampung Segedup, Jalan Batu. FOTO NADIM BOKHARI
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, melawat tempat Pusat Penempatan Banjir Sementara di Dewan Masyarakat Kamaruddin Ahmad, Kampung Segedup, Jalan Batu. FOTO NADIM BOKHARI
Oleh Mohd Roji Kawi


Kuching: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat dengan seramai 4,343 mangsa membabitkan 1,370 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 12 tengah hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, jumlah itu meningkat 121 orang berbanding 4,222 mangsa pada jam 8 pagi tadi.

Beliau berkata, semua mangsa ditempatkan di 50 PPS di empat daerah iaitu Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.

"Kuching mencatat jumlah tertinggi dengan seramai 2,985 mangsa daripada 962 keluarga ditempatkan di 31 PPS.

"Bahagian Serian pula membuka 10 PPS yang menempatkan 1,015 mangsa daripada 299 keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail, di bahagian Samarahan pula, sebanyak tujuh PPS dibuka dengan menempatkan 314 mangsa daripada 105 keluarga.

"Di Miri pula kekal dengan 29 mangsa daripada empat keluarga kini ditempatkan di dua PPS," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 1:18 PM