Elina Baseri.
Elina Baseri.
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bekerjasama dengan Komuniti Tukang Jahit (KTJ) bagi menghasilkan pelitup muka untuk diagihkan kepada warga kerja Air Selangor.

Difahamkan, golongan wanita B40 yang mempunyai kemahiran menjahit dipilih bagi melakukan tugasan itu sekaligus memperolehi pendapatan sampingan hasil kerja tangan dilakukan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, sebanyak 5,000 pelitup muka ditempah dan ini

secara langsung memberi pendapatan tambahan kepada komuniti yang terkesan dengan situasi pandemik Covid-19

ini.

"Air Selangor turut bekerjasama dengan pertubuhan seni KL Sketch Nation untuk menghasilkan rekaan pelitup muka ini. Program Sesama Mara adalah inisiatif akar umbi bertujuan membantu komuniti sekeliling.

"Di samping itu ia bertujuan memperkukuhkan hubungan Air Selangor dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu Air Selangor turut menyampaikan bantuan kepada anak-anak kurang bernasib baik daripada Rumah Victory di Taman OUG, Jalan Klang Lama dan Rumah K.I.D.S di USJ, Subang diraikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sempena perayaan Krismas lusa.

Menurutnya, Air Selangor terus aktif menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara dengan berkongsi keceriaan

perayaan Krismas bersama insan kurang bernasib baik itu.

"Dalam program ini, Air Selangor menyumbang barangan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan dan barangan rumah kepada kedua-dua rumah terbabit.

"Anak-anak di rumah perlindungan ini juga diberi hadiah bersempena sambutan Krismas yang akan disambut Jumaat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 6:35 PM