Zaid Salim

Chukai: Hasrat suri rumah untuk mendapatkan hasil tanaman serai musnah apabila 100 perdu pokok berkenaan ditenggelami air setinggi 0.8 meter apabila banjir yang melanda daerah ini, Khamis lalu.

Berikutan itu, pung Bukit Mentok

, 55, yang menanam pokok berkenaan secara suka-suka di sekitar rumahnya di Kampung Bukit Mentok, di sini, mengalami kerugian hampir RM15,000.

Marinah berkata, dia tidak menyangka tanaman yang diusahakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu membuahkan hasil sekali gus menjadi pendapatan sampingan keluarga.

"Hasil jualan tanaman ini dapatlah saya menampung perbelanjaan keluarga yang sebelum ini hanya bergantung kepada pendapatan suami, Dizul Tawang, 60, yang bekerja sebagai nelayan.

MARINAH kerugian hampir RM15,000 selepas 100 perdu pokok serai ditanamnya musnah selepas ditenggelami banjir sedalam kira-kira 0.8 meter di Kampung Bukit Mentok. FOTO Ghazali Kori
MARINAH kerugian hampir RM15,000 selepas 100 perdu pokok serai ditanamnya musnah selepas ditenggelami banjir sedalam kira-kira 0.8 meter di Kampung Bukit Mentok. FOTO Ghazali Kori

"Ini kerana tanaman ini mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha restoran tom yam selain peniaga sate di sekitar bandar ini," katanya.

Ibu kepada empat anak berusia 18 hingga 30 tahun itu berkata, dia sedih dengan kejadian itu, namun reda kerana ia musnah disebabkan bencana alam.

"Kita kena terima dan sabar dengan apa yang berlaku kerana ia adalah ujian Allah dan akan menanam semula pokok berkenaan selepas habis musim tengkujuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 6:21 PM