HASNOL (kiri) meninjau Sudut Barangan Komuniti. FOTO Samadi Ahmad
HASNOL (kiri) meninjau Sudut Barangan Komuniti. FOTO Samadi Ahmad
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggalakkan lebih banyak stesen minyak mewujudkan Sudut Barangan Komuniti bagi membantu golongan memerlukan khususnya yang terjejas pendapatan pendemik Covid-19.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata,inisiatif itu sebagai satu kemudahan kepada pengguna bagi mendapatkan akses bekalan barangan makanan yang dijual dengan harga lebih rendah berbanding luar.

Katanya, penjualan barangan makanan asas dengan harga berpatutan di stesen minyak inijuga memudahkan pelanggan bagi mendapatkan barangan makanan asas yang diperlukan.

Selain dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan ia juga dapat meningkat kesedaran orang ramai untuk menderma, katanya.

"Inisiatif ini adalah salah satu usaha kementerian bagi mewujudkan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan yang menawarkan harga lebih rendah dan berpatutan," katanya ketika lawatan Program 'Communitty Food Box' dan Sudut Barangan Komuniti di stesen minyak Shell di Presint 18, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd,Shairan Huzani Husain.

Sebanyak 50 cawangan stesen Shell terdiri dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mewujudkan Community Food Box iaitu ruang untuk meletakkan barangan kering yang didermakan pelanggan stesen minyak berkenaan.

Bagi golongan memerlukan, merekaboleh mengambil barangan itu secara percuma.

Hasanol berkata, KPDNHEP juga akan mengadakan kerjasama dengan stesen minyak Petronas bagi mengadakan julan barangan segar di stesen minyak terpilih bermula awal tahun depan.

"Barangan segar yang dipasarkan terdiri dari ikan, sayur dan barangan sejuk beku yang dijual lebih rendahdari luar.

"Bagi memperluas inisiatif jualan barangan segar Sudut Barang Komuniti di stesen minyak ini KPDNHEP akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 2:03 PM