GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Bantuan 'one-off' sebanyak RM300 setiap seorang akan diberikan kepada pemain industri sektor pertanian.

Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam satu kenyataan media hari ini berkata, peruntukan terbabit adalah sebagai usaha bagi meringankan beban golongan terbabit yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19.

"Peruntukan sebanyak RM34.8 juta diberikan bagi mengurangkan kesan impak pandemik Covid-19 dalam industri pertanian di Sabah.

"Peruntukan terbabit juga akan memberi manfaat kepada 116,248 orang penerima yang berdaftar di bawah kementerian menerusi pelbagai bahagian industri.

"Bagaimanapun, senarai berkenaan tidak lengkap berikutan ada yang tidak tersenarai juga akan diberi bantuan tunai selagi mereka didaftarkan di jabatan atau agensi yang berkenaan," katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut berkata pihaknya akan menguruskan dokumentasi peruntukan terbabit ke Jabatan Perbendaharaan Negeri.

"Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah akan menguruskan proses dokumentasi peruntukan itu untuk dihantar ke Jabatan Perbendaharaan Negeri bagi penghantaran pembayaran terus ke akaun penerima," katanya.

Antara golongan penerima yang menerima bantuan itu adalah petani, nelayan, pekebun kecil kelapa sawit dan koko, penternak, Koperasi Pembangunan Desa, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 4:18 PM