PEMANDU SUV rentung dalam kenderaannya yang terbakar berhampiran Stesen LRT Kota Warisan. FOTO ihsan Bomba
PEMANDU SUV rentung dalam kenderaannya yang terbakar berhampiran Stesen LRT Kota Warisan. FOTO ihsan Bomba
Samadi Ahmad


Sepang: Polis mengesahkan mangsa ditemui rentung dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre berhampiran Stesen LRT Kota Warisan, semalam adalah mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan siasatan ke atas kenderaan itu, ia disahkan Toyota Harrier milik seorang lelaki India.

Beliau berkata, sehubungan itu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam media melaporkan, sebuah SUV terbakar bersama seorang individu di tempat pemandu yang rentung dan kebakaran dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Salak Tinggi.

Polis turut menemui kesan kebakaran dalam lingkungan 10 meter dari kenderaan itu dan mayat mangsa rentung 90 peratus.

Usaha mengeluarkan mayat mangsa dilakukan anggota bomba kerana ia melekat pada cairan kereta dan dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Berita berkaitan

'Polis belum kenal pasti identiti mangsa'

'Pemandu SUV rentung'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 7:22 PM