Juwan Riduan


SUAMI kepada wanita yang rentung bersama enam anak mereka dalam kebakaran di Kampung Lampijas, Membakut, awal pagi hari ini, parah dan masih menerima rawatan di Hospital Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, mangsa Romel Sharif, 34, terselamat dalam kebakaran itu, namun parah akibat melecur.

“Turut selamat anak sulungnya Rezwan Romel, 15, dan anak saudaranya, Rizal namun kedua-duanya cedera dan menerima rawatan di hospital sama.

“Keadaan Romel agak parah dan masih menerima rawatan di Hospital Beaufort,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

AZMIR bersama pegawainya serta sepasukan anggota bomba berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut di lokasi kebakaran. FOTO Juwan Riduan
AZMIR bersama pegawainya serta sepasukan anggota bomba berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut di lokasi kebakaran. FOTO Juwan Riduan

Azmir berkata, siasatan awal mendapati rumah terbakar itu didiami sebuah keluarga seramai 10 orang iaitu suami isteri dan tujuh anak mereka serta seorang anak saudaranya.

Beliau berkata, semua mangsa adalah warga asing dari Filipina dan Indonesia dan dipercayai bekerja sebagai petani.

“Bagaimanapun butiran lengkap semua mangsa yang sukar diperoleh kerana keadaan suami yang parah.

“Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Beaufort untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian itu, isteri dan enam anak Romel ditemui rentung oleh bomba sebaik api berjaya dikawal.

Mangsa terkorban iaitu Nadia, 25, warga Indonesia, enam anaknya dikenali sebagai Samasan Romel, 2; Faisal, 5; Danial, 7; Shasha, 10; Aisa, 13; dan Nana, 14.

Berita berkaitan

'Identiti tujuh beranak rentung dikenal pasti'

'Tujuh sekeluarga rentung'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 11:33 AM
MAYAT tujuh beranak yang ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Lampijas, Membakut, Beaufort. FOTO Juwan Riduan
MAYAT tujuh beranak yang ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Lampijas, Membakut, Beaufort. FOTO Juwan Riduan