GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan menyebarkan kandungan atau bahan yang berunsur kecaman terhadap sesebuah kumpulan, yang boleh menimbulkan kemarahan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, pada masa sama, orang ramai perlu melaporkan kepada pihak polis atau SKMM melalui portal https://aduan.skmm.gov.my atau e-mel kepada [email protected] sekiranya terjumpa akaun atau kandungan sedemikian untuk penelitian lanjut.

"Sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 1:44 PM